2/17/2009

CHOCOLATE CAKE BUJANG =)


Bahan-bahan:
*Adunan kek (1 adunan)*

300 g tepung gandum.
100 g unsalted butter .
250 g gula pasir

3 sudu kecil esen vanila (5 pek Dreem essence vanilla)

16 g baking powder (1 pek Tag Elmelouk Baking Powder)
4 @5 biji telur
50 g sebuk koko (4 sudu besar)
1/2 cawan susu coklat


~buat 2 adunan~


*Topping*
3 pek whipped topping

375 ml susu

2 sudu kecil serbuk koko

2 sudu gula


*Hiasan*
strawberry

hirisan coklat


Cara-caranya:
+Adunan kek+
  1. panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius selama 10 minit.
  2. untuk adunan,pukul mentega dan gula hingga kembang
  3. masukkan tepung,baking powder,esen vanila,dan serbuk koko.
  4. gaul semua adunan hingga sebati.
  5. tambah susu coklat supaya adunan tidak terlalu keras.
  6. sapu loyang pembakar dengan mentega@ minyak.
  7. masukkan adunan tadi dalam loyang pembakar dan ratakan.
  8. bakar selama 20 minit pada suhu 220 darjah celcius
  9. ulang 1-8 untuk adunan kedua
  10. sejukkan sebelum dihias
+Topping+
  1. masukkan susu ke dalam bekas
  2. campurkan susu tadi dengan serbuk topping
  3. kacau rata campuran tadi dengan rata.
  4. tambah serbuk koko.kacau lagi sehingga kental.
  5. masuk 2 sudu gula dan kacau hingga sebati.
+Hiasan+
  1. selepas kek disejukkan,sapu topping di atas permukaan adunan pertama.
  2. letakkan adunan kedua di atas adunan pertama.
  3. sapukan lebihan topping di atas dan sekeliling kek hingga rata.
  4. hias dengan strawberry di atas permukaan kek dan hirisan coklat di sekeliling kek.
  5. sejukkan kek dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam @ semalaman.
  6. sedia untuk dihidang.

0 comments: