*Adunan kek (1 adunan)*
300 g tepung gandum.
100 g unsalted butter .
250 g gula pasir
3 sudu kecil esen vanila (5 pek Dreem essence vanilla)
16 g baking powder (1 pek Tag Elmelouk Baking Powder)
4 @5 biji telur
50 g sebuk koko (4 sudu besar)
1/2 cawan susu coklat
~buat 2 adunan~
*Topping*
3 pek whipped topping
375 ml susu
2 sudu kecil serbuk koko
2 sudu gula
*Hiasan*
strawberry
hirisan coklat
Cara-caranya:
+Adunan kek+
- panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius selama 10 minit.
- untuk adunan,pukul mentega dan gula hingga kembang
- masukkan tepung,baking powder,esen vanila,dan serbuk koko.
- gaul semua adunan hingga sebati.
- tambah susu coklat supaya adunan tidak terlalu keras.
- sapu loyang pembakar dengan mentega@ minyak.
- masukkan adunan tadi dalam loyang pembakar dan ratakan.
- bakar selama 20 minit pada suhu 220 darjah celcius
- ulang 1-8 untuk adunan kedua
- sejukkan sebelum dihias
- masukkan susu ke dalam bekas
- campurkan susu tadi dengan serbuk topping
- kacau rata campuran tadi dengan rata.
- tambah serbuk koko.kacau lagi sehingga kental.
- masuk 2 sudu gula dan kacau hingga sebati.
- selepas kek disejukkan,sapu topping di atas permukaan adunan pertama.
- letakkan adunan kedua di atas adunan pertama.
- sapukan lebihan topping di atas dan sekeliling kek hingga rata.
- hias dengan strawberry di atas permukaan kek dan hirisan coklat di sekeliling kek.
- sejukkan kek dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam @ semalaman.
- sedia untuk dihidang.
0 comments:
Post a Comment