syahid

Mohammed Kutkut,14 tahun menutup muka sambil duduk bersebelahan dengan tanda nama sahabatnya,Ahed Qaddas di sekolah lelaki Jebaliya,utara Gaza.-AP

Barangkali peristiwa dan kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita.Belum lagi berlaku! Jika aku masih teringat-ingat,sewaktu aku bersekolah rendah hanya seorang sahabatku yang syahid akibat kemalangan.Aku yakin,pembaca juga ada menyimpan kisah sahabat seperti ini.Namun lain sekali suasananya di tanah yang belum bebas,Palestin.Semalam dengan sahabat ketawa bersama.Tapi,hari ini sahabat hanya meninggalkan nama.

Susuk tubuh telah meninggalkan alam ini.Destinasi lain pula yang dituju.Aduh,mudah sekali sebuah nyawa dirampas oleh tentera ganas Zionis! Aku masih ingat perbualan bersama ibu tempoh hari.” Pergolakan didunia sebelah sana berbeza dengan di tempat kita.Mereka berjuang dan sudah tiada rasa kebendaan di dalam hati mereka “.Aku mengiakan,namun pada masa yang sama,aku berkeyakinan menyatakan bahawa masyarakat kita dan kebendaan masih lagi tidak dapat dipisahkan.Ataukah aku dan kalian juga,barangkali..

“Bunuh saja semua askar zionis-israel !! “getus seorang anak kecil palestin yang berusia baru 5 tahun.”Saya benci pada guru-guru di sekolah kerana mereka tidak berbuat apa-apa!! Mereka hanya berdiam diri !!! “,pintasnya lagi. Hatiku sangat tersentuh dengan ungkapan kata-kata beliau. “Ya, saya sanggup syahid ! Saya ingin membela setiap titisan darah saudara mara saya ! “,katanya melahirkan semangat jihad yang bekobar-kobar. Aku ingin sekali didik adik-adikku seperti kalian,duhai saudaraku di Palestin.Betapa mulianya kemahuan syahid yang ada didadamu,sejak usia 5 tahun lagi.

Jihad;aku mengungkapnya sebagai ‘taktik dan strategi’.Jika pukulan kali yang seterusnya dilancarkan oleh pasukan kejam,zionis;aku mengharapkan hamas agar memberikan pukulan balas yang sekeras-kerasnya.Duhai sahabat-sahabat jihad,bersedialah dari sekarang.Aku dan kamu juga,bisa bertuah jika memilih,dipilih dan terpilih oleh Nya,juga kerana Nya.

Di coretan ini juga,ingin aku kongsikan sebuah cerita yang cukup memberi makna berkaitan kisah seorang tetamu Allah (SWT),As-syahid Ra’id Fa’iz al-Agha.

Jenazah beliau diselimuti dengan bendera Palestin.Kepalanya diikat lembut dengan kain hijau bertintakan kalimah ” tiada tuhan melaikan Allah (SWT) dan Muhammad itu pesuruh Allah (SWT) “.Beliau syahid bersama sahabatnya, As-syahid Ahmad Yusuf Abdul Wahab,ketika menyerang sebuah trak yang membawa askar zionis-israel.Apa yang menarik,beliau telah menulis satu wasiat yang panjang kepada ibu-bapa,adik-beradik serta ibu dan bapa saudaranya.

“Ibuku,sesungguhnya aku pergi meninggalkanmu,maka bergembiralah.Kerana selepas kematian itu adalah syurga.Sebaik sahaja mendengar kematianku,bertakbirlah wahai ibu.”

“Ampunkanlah dosaku sekiranya selama ini aku cuai dalam menunaikan hakmu.Demi Allah (SWT),ingin ku nyatakan bahawa di saat aku menulis kalimah-kalimah ini,air mataku berguguran jatuh…Tapi apa dayaku…Di sana ada syurga,anugerah Allah (SWT) yang paling mahal…Bersabarlah ibu,sesungguhnya janji kita adalah syurga. “

“Didiklah adik-adikku supaya cintakan jihad fi sabilillah dan dorongkanlah mereka untuk sentiasa mengunjungi masjid supaya dapat mereka belajar al-Quran. “

Jenazah As-syahid Ra’id diiringi ketanah perkuburan oleh lautan manusia yang hanya Allah (SWT) sahajalah yang tahu berapa bilangan mereka.Perginya seorang tetamu Allah (SWT)