![]() Tepuk bayi sehingga tidur tetapi jangan dukungnya kecuali bayi meragam teruk. Lakukan beberapa minggu bagi membantu mendapatkan jadual tidur yang sempurna. 1. Urutan Urut bayi dengan urutan asas iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan. Untuk membantu bayi tidur dengan lebih lena. Lakukan urutan dengan lembut ke seluruh tubuhnya selepas bayi mandi. 2. Mendodoikan anak dengan lembut Bayi akan berasa selesa apabila berada dalam dakapan anda. Dodoikan bayi di lengan anda. Cara ini mengambil masa kerana bayi mungkin terjaga apabila anda meletakkannya di katil bayi. 3.Menggosok/ tepuk Perut bayi digosok secara berirama untuk membuatnya rasa lega dan membantunya tidur lena. Rentak gosokkan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga. Apabila bayi sudah tidur nyenyak berhenti gosokan. 4.Dukung pada bahu Bayi merasa selamat dan selesa dengan cara dukungan ini. Nyanyikan lagu sambil mengerakkan tubuh anda agar bayi dapat tidur lena. 5.Balutan Apabila bayi sudah tidur, balut bayi dengan selimut yang nipis. Masukkan tangan bayi dalam selimut dan balut. Jangan terlalu ketat. Cara ini membuatkan bayi merasa selamat dan dapat membantunya tidur dengan lena. Ikuti selanjutnya di dalam majalah PA&MA bulan Februari 2009. |
0 comments:
Post a Comment